Anugerah Gemilang 2017 Maxis eKelas
23 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2018 yang lalu telah berlangsung Majlis Anugerah Gemilang 2017 Maxis eKelas yang telah diadakan di Menara Maxis KLCC, Kuala Lumpur. 2 orang pelajar dari PI PPR Kg Muhibbah iaitu adik Sabrina dan adik Thirunyanam adalah antara 11 orang penerima anugerah yang telah berjaya mendapatkan anugerah tersebut. Penerima anugerah telah menerima simpanan sijil pendidikan dan Pek Permulaan Persekolahan dari Maxis.
Bagi memeriahkan majlis, 10 pelajar eKelas PI PPR Kg Muhibbah yang lain turut serta bersama pelajar eKelas PI yang berdekatan untuk sama-sama meraikan para penerima Anugerah Gemilang 2017. Penerima anugerah telah dipilih berdasarkan peningkatan gred peperiksaan mereka sepanjang mengikuti eKelas pada tahun 2017.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: