Digital Literacy Train-The Trainer EKelas Maxis
08 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 6 dan 7 September 2018, telah diadakan Program “Internet? Use It Right! Bersama UiTM Shah Alam” telah diadakan di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Selama 2 hari program dijalankan telah berjaya menarik seramai 60 orang pelajar UiTM untuk menyertainya. Program telah dijalankan bermula pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Setiap sesi program mengambil masa selama 3 jam bersama 20 orang pelajar. Sebanyak 3 sesi telah berjaya dijalankan bersama-sama seluruh staff Pusat Internet sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah suai kenal staff Pusat Internet bersama pelajar UiTM Shah Alam, Pengenalan mengenai Pusat Internet, Penerangan kempen MCMC seperti Klik Dengan Bijak, Mobile eWaste, Check Your Label & Portal Sebenarnya.my. Selain itu kuiz atas talian Kahoot telah dijalankan bagi menarik perhatian pelajar untuk mengikuti keseluruhan taklimat kempen. Penghasilan video bertemakan “Tidak Pasti Jangan Kongsi” turut diadakan dan dapat mencungkil bakat-bakat pelajar untuk menyunting dan menghasilkan video yang berkualiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: