Holiday Camp eKelas Maxis 2018
24 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 – 23 November 2018 telah diadakan Holiday Camp eKelas Maxis bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, KLCC dan Menara Maxis. Selama 3 hari berlangsung, kem ini diadakan bagi meraikan para pelajar yang terpilih berdasarkan usaha & pembelajaran mereka sepanjang tahun 2018. Pelajar eKelas Maxis dari seluruh negara dikumpulkan dan diberi suntikan semangat dan dorongan bagi meningkatkan pembelajaran mereka.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, aktiviti bersama UKM seperti animasi & robotik, pelancaran eCikgu di Menara Maxis & lawatan ke Petrosains. Para pelajar dilihat seronok berkenalan dengan kawan baru disamping dapat belajar ilmu-ilmu baru bersama squad Maxis dan UKM. Program seperti ini dilihat bagus dan diharapkan dijalankan secara tahunann bagi menggalakkan lebih ramai pelajar untuk menyertai eKelas & Portal Maxis eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: