Penilaian eKelas Penggal Pertama 2018
04 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPenilaian eKelas bagi Penggal Pertama Persekolahan 2018 telah dijalankan kepada kesemua pelajar eKelas PI PPR Kg Muhibbah pada 2 hingga 3 Mac 2018 yang lalu. Penilaian untuk subjek Bahasa Inggeris dijalankan secara lisan manakala bagi subjek Matematik dan Sains, pelajar diminta untuk menjawab soalan-soalan di dalam Portal Maxis eKelas.
Penilaian eKelas dibuat bagi melihat keberkesanan Maxis eKelas bagi membantu pembelajaran para pelajar. Disamping itu, guru-guru yang mengajar di dalam program eKelas ini akan dapat mengenalpasti tahap pengetahuan dan mengolah kembali cara pengajaran mereka supaya lebih menarik dan mudah difahami.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: