Mini Eksperimen Sains & Matematik eKelas
11 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniMini eksperimen bagi subjek Sains dan Matematik telah dijalankan pada 10 Mac yang lalu. Mini eksperimen ini dijalankan bagi melatih semangat berkumpulan bagi menyelesaikan masalah dan menyiapkan tugasan bersama-sama. Dalam masa yang sama para pelajar juga dapat belajar secara lisan disamping teori yang diajar oleh guru eKelas.
Cara pembelajaran seperti ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar dan menarik lebih ramai pelajar baru. Selepas tugasan yang diberikan oleh guru disiapkan, mereka perlu memuat naik gambar atau video ke dalam portal bagi mendapatkan markah yang akan dikumpul sehingga hujung tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: