Digital Literacy Train-The Trainer EKelas Maxis
06 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 4 dan 5 September 2018, telah diadakan bengkel “Digital Literacy Train-the-Trainer” bagi semua staff Pusat Internet di bawah Maxis eKelas. Sebanyak 55 buah Pusat Internet terlibat bersama eKelas Maxis. Bengkel ini diadakan berasingan bagi Pengurus dan Penolong Pengurus iaitu 4 September bagi Pengurus manakala 5 September untuk Penolong Pengurus.
Bengkel dijalankan bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Staff Google daripada Singapura telah dijemput untuk memberikan penerangan mengenai penggunaan google dengan lebih menarik & pelbagai. Bengkel ini dijalankan bagi melatih staff Pusat Internet untuk lebih cekap dan berdaya saing bersama-sama untuk membantu melancarkan program Maxis eKelas. Selain itu, staff Pusat Internet bersama-sama membincangkan perancangan aktiviti yang menarik untuk pelajar Maxis eKelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: