Sambutan Deepavali Bersama Ahli Parlimen Seputeh YB Teresa Kok
05 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada hari ahad, 4 November 2018 telah diadakan Majlis Ramah Mesra Deepavali 2018 Peringkat Parlimen Seputeh Bersama Yang Berhormat Teresa Kok Suh Sim, Menteri Industri Utama merangkap Ahli Parlimen Seputeh. Dianggarkan seramai 400 orang telah hadir bagi memeriahkan majlis dari pelbagai lapisan umur dan kaum. Pusat Internet telah mengambil bahagian untuk membuka booth bagi memperkenalkan program-program yang akan diadakan dan penerangan serba sedikit mengenai kempen yang dijalankan.
Majlis telah berlangsung bermula pukul 11.00 pagi sehingga 2.00 petang. Para pengunjung turut disajikan dengan pelbagai hidangan seperti cendol, rojak dan nasi minyak. Selain Pusat Internet, KWSP turut membuka booth mereka. Majlis dimulakan dengan tarian sempena Deepavali, ucapan oleh YB Teresa Kok, agihan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan, pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan beramah mesra bersama penduduk PPR Pinggiran Bukit Jalil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: